Wednesday, 11 July 2012

Harapan abah

muhamad siddiq iqram
Sudah sebulan lebih berlaku aku tak berjumpadengan anak lelakiku yang sulung sejak aku menghantarnya ke menara gading pada bulan jun yang lalu.  Aku hanya sempat menanya khabar melalui telefon sahaja.  Aku rasa bersyukur kepada allah swt kerana memakburkan doa ku bagi ruang kepadanya untuk meneruskan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi.  Walaupun pada zahirnya aku tidak menunjukkan  kasih sayang yang lebih dan sering menegurnya kalau melakukan kesalahan samada dari kecil hingga sekarang tetapi dihati aku aku tetap sayang sebagaimana sayangnya aku sama dengan anak anakku yang lain.  Aku perlu melakukan pferkara sedemikian supaya ia membesar dengan tanggungjawab dan berusaha untuk dia berjaya dunia dan akhirat dan tempat berlindung adik adiknya jika aku tiada didunia ini nanti.  Aku rasa semasa dia kecil lagi banyak telah didedahkan tentang keimanan dan aku bersyukur dengan adanya keimanan yang telah diterapkan lagi semasa kecil aku tidak perlu risau mengenai solatnya, puasanya aku yakin padanya alhamdulillah.  Itulkah pentingnya kalau kita dapat mendidik anak anak kita dengan penuh iman, walau dimana mereka tinggal keimanan akan tetap bersama mereka.  Abah harap ' abe yee ' dapat kekalkan dengan apa yang sekarang dan tingkatkan lagi dengan ilmu agama supaya kita tidak lalai dengan kehendak dunia yang serba ada ini, abah tetap akan berdoa untuk kejayaan abe sepenuhnya supaya menjadi anak yang berjaya dan perangsang kepada adik adik yang lain insyaallah.....

Rindukan rutinku dikampong

Dalam masa aku kesunyiaan tetapi kekadang merasa tenang, gembira, apa  pun aku tetap bersyukur dengan apa yang allah swt anugerahkan kepada ku didunia ini..  Isteri dan anak-anak serta keluargaku tetap ku utamakan dulu kasih sayang ini kerana aku tidak lagi mempunyai gemulah ibubapaku, kedua mertuaku serta kakak ku yang tetap ku ingati pengorbanannya mereka semasa hayatnya.  Kadang kala titisan air mata sering menitis kalau ingatan ku tertumpu kepada mereka, aku tetap berdoa semuga allah swt menempatkan mereka bersama sama orang orang yang beriman, diampunkan dosa mereka amin.  Aku rindukan rutinku untuk menziarah kubur mereka setiap lepas solat subuh berjemaah dengan ahli masjid di kampongku  pada  hari jumaat tiap-tiap minggu.  Betapa tenangnya aku ketika itu.  Kini rutin itu tidak lagi berlaku semenjak aku di KL.  Minggu pertama bulan ramadhan aku akan bercuti seminggu untuk berpuasa bersama isteri dan anak-anakku, solat tarawih dan menziarahi kubur orang yang ku sayang.  Aku akan gunakan ruang cuti ini dengan sepenuhnya bersama keluargaku.  Oh betapa leganya dan sempat menghitung hari menunggunya ramadhan tiba.

Tuesday, 10 July 2012

Perbincangan santai

8 Julai 2012 malam berkumpul bersama dengan 2 anak perempuanku di rumah Anggerik Villa berbincang pasal lembu, kambing, ayam, telor, sayur, hantaran dan lain-lain untuk mengadakan
majlis kenduri kakaknya.  Semuanya memerlukan kewangan yang mencukupi untuk mengadakan majlis tersebut.  Hai macam mana kalau tak cukup.  Ati kata macam ni, jaja kata macam ni.  Tak apalah rezeki tu akan datang juga akhirnya jika diizinkan allah swt.  Anak-anakku menyenaraikan apa apa yang perlu dengan rasa yang gembira.  Ini adalah pertama kali dalam hayatku untuk mengadakan majlis perkahwinan anakku.  Sungguh gembira sekali nampaknya mereka dalam membuat pengiraan barangan keperluan pada hari tersebut.  Kadang-kadang suasana yang sebegini agak kurang berlaku sejak akhir akhir ini dalam kehidupanku kerana masing-masing tinggal berasingan samada di kampong, diasrama dan aku disini.  walaubagaimana pun aku akan tetap mengembirakan anak-anak dimasa hayat yang ada ini semuga allah swt memberikan kesempatan kepada ku untk melihat kejayaan anak anak ku dan juga kehidupan mereka seterusnya.

Saturday, 7 July 2012

Hati ku pada petang ini

Asalamualaikum semua, hari ini hari yang pertama aku dapat menulis diblog ini kerana ada masa yang terluang dari tugas-tugas semasa.  Ingatan seharian kepada anak-anak ku semua  kakak, jaja, ct,abang, aqillah, aisyah dan yusuff.  Hati rasa tenang petang ini dapat menunaikan ibadah dengan sebaiknya.  Namun hati ku amat terasa teringatkan anak kecilku yang berada dikampong, celotehnya kerap memberi senyuman setiap kali aku teringatkan dia.  Walaupun tubuhnya tak dapat ku sentuh tapi gambar dan suara tetap memberi kepuasan kepada diriku.   Kadang-kadang aku pasrah dan tawakal sahaja kepada allah swt tentang perlindungan dan keselamatan isteriku dan anak anakku yang berada dirumah.  Aku tak tahu sampai bila keadaan ini berterusan, bila pula aku akan ditukarkan ke negeri ku semua, bila pula aku akan bersama isteri dan anak anak tercinta semua, bila pula aku akan berjemaah bersama imam dikampongku, bila pula akan menziarahi kubur arwah ibubapaku, mertuaku dan kakak kakak ku.  Aku tak tahu jawapannya hanya engkau sahaja yang akan menentukan kelak.  Aku akan selalu bersabar menanti detik detik itu...................................