Saturday, 7 July 2012
Hati ku pada petang ini
Asalamualaikum semua, hari ini hari yang pertama aku dapat menulis diblog ini kerana ada masa yang terluang dari tugas-tugas semasa. Ingatan seharian kepada anak-anak ku semua kakak, jaja, ct,abang, aqillah, aisyah dan yusuff. Hati rasa tenang petang ini dapat menunaikan ibadah dengan sebaiknya. Namun hati ku amat terasa teringatkan anak kecilku yang berada dikampong, celotehnya kerap memberi senyuman setiap kali aku teringatkan dia. Walaupun tubuhnya tak dapat ku sentuh tapi gambar dan suara tetap memberi kepuasan kepada diriku. Kadang-kadang aku pasrah dan tawakal sahaja kepada allah swt tentang perlindungan dan keselamatan isteriku dan anak anakku yang berada dirumah. Aku tak tahu sampai bila keadaan ini berterusan, bila pula aku akan ditukarkan ke negeri ku semua, bila pula aku akan bersama isteri dan anak anak tercinta semua, bila pula aku akan berjemaah bersama imam dikampongku, bila pula akan menziarahi kubur arwah ibubapaku, mertuaku dan kakak kakak ku. Aku tak tahu jawapannya hanya engkau sahaja yang akan menentukan kelak. Aku akan selalu bersabar menanti detik detik itu...................................
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
nice
ReplyDelete